Wednesday, August 26, 2009

Mabuk shopping di Guangzhou.



Kisah perjalananku bermacam-macam. Seandainya aku punyai kelapangan akan aku coretkan disini untuk tatapan sesiapa yang berminat dan memerlukan informasi sebelum kesesuatu tempat. Guangzhou ni syurga shopping. Barangan berjenama, barangan tiru tetapi menyerupai 100 peratus barangan asli, perabot, pakaian , kasut ..malahan sebut apa saja..anda akan dapati disana.

Hari pertama sampai, aku berjalan-jalan di Beijing Lu. Mmmmm kurang menarik barangannya kerana harga yang agak mahal kalau difikirkan yang aku sekarang berada di China. Dalam aku merayau-rayau sambil menuggu suami ku memilih seluar berjenama lah (faham-faham la ya), aku melihat 2 orang perempuan sedang tawar menawar bag LV yang sangat cantik. Daripada harga RMB650 sehingga dapat RMB350. Kualiti bag tersebut adalah AAA. Akhirnya sambil berbisik-bisik mereka berlalu tanpa membeli barangan tersebut. Aku apa lagi dengan segera mengahampiri penjual tersebut dan trus memgambil bag tersebut dan membayar harganya. Ahaaaaa baru RM170.00. Murah giler. Kalau original mau RM6000.00. Kalau dkt Sungai Wang pun mau RM600.00.

Esoknya berjalan lagi kami berdua tanpa ada perancangan yang khusus. Cuma sebelum keluar dari hotel tempat kami menginap, aku dapatkan nama tempat untuk membeli belah dari pekerja hotel untuk ditunjukkan kepada pemandu teksi. Di China ni pemandu teksi kalau tak tunjukkan kertas yang bertulis dalam bahasa mereka, penatlah kita cakap macam ayam dan itik. Aku jalan lagi shopping dkt Huale Lu kalau tak silap. Dapat baju Burberry, seluar Adidas...apa ntah kalau tak silap. Sian la tuanpunya jenama-jenama antarabangsa... barangan mereka diciplak tanpa segan silu.

Seterusnya aku menghabiskan masa selebihnya dengan ketempat borong bag, kasut baju dan sebagainya. Sampaikan aku tutup mata sebelah kalau berjalan dikedai-kedai tersebut. Terlalu banyak barangan yang cantik-cantik sampaikan rasanya kalau nak beli kena kirim dengan kontena la pulak. Masalah yang paling utama ialah cantik dan murah. Kalau cantik dan mahal aku masih boleh menahan nafsu shopping ku. Fesyen terkini yang harganya 4 helai RM50. Mana tahan kalau tak beli. Kasut sport jenama terkenal dengan fesyen terkini harganya RM40.00 sepasang kalau harga borong. Borong maksudnya kita kena menempah 100 pasang dengan saiz yang berlainan ikut kehendak kita. Balik di Malaysia kasut-kasut tersebut dijual dengan harga RM300 lebih. Kononnya asli, original...ramai la pulak yang membeli. Atau akhirnya dijual sebagai kasut bundle pun masih untung sebab harga kasut bundle pun bukan murah kalau di Malaysia.

Tentang makan pulak tak perlu dirisaukan. Penat aja membeli belah, intai-intai kedai makan Halal pasti ada. Aku selalunya makan Bihun sup aja disana sebab sememangnya aku kurang gemar makan nasi. Walaupun makankan mereka agak berminyak, tetapi mereka minum teh china. Jadi minyak tersebut agaknya tidak sempat singgah didalam badan, tidak seperti kita yang minum air berais selepas makan.

Balik ke Malaysia kawanku datang kepejabat. Dia menjalankan perniagaan membawa masuk lampu dan peralatan rumah dari Guangzhou ke Malaysia. Aku merasakan aku ni dah terror abis shopping di Guangzhou bercerita dengan rancak. Terus dia bertanyakan pada ku satu soalan " You ada pergi shopping ke tempat jual perabot ke? Kalau u kesana, rasanya 1 minggu jalan tak abis. U nak perabot dari negara mana Itali, UK...semua mereka boleh ciplak". aduhai....nampaknya Guangzhou menggamit aku lagi....

2 comments:

  1. Hai..nak pegi Guangzhou...ade simpan tak itinerary nye?

    ReplyDelete
  2. salam, boleh tau u pergi dgn pakej atau pergi sendiri? boleh x share dgn saya d amymohd87@yahoo.com saya berminat untuk ke china juga dlm masa terdekat.

    ReplyDelete

Followers