Saturday, August 29, 2009

Herbalife







Aku ni memang syok tengok orang berniaga herbalife kat internet ni. Tapi tak la sampai nak menjual pula heheheheh sebab aku dah cukup sibuk sekarang.Cuma la saja-saja nak tunjukkan dekat kawan-kawan peranan herbalife dalam hidup aku..

Thursday, August 27, 2009

Dari Kampung Peladang ke Simpang Empat..



Aku anak kampung. Masa kecilku aku habiskan dengan bermain didalam parit, diatas pokok, titiskan air bemban kedalam mata kononnya untuk ubati mata yang kelabu dan bermacam-macam lagi permainan yang masih aku ingati sampai saat ini. Untuk kawan-kawanku yang masih segar dalam ingatan Kak Mah, Poziah, Melur yang akhirnya berkahwin dengan sepupuku Bang Man, Kirah dan ada lagi maaf kalau aku tak tuliskan disini.

Kak Mah dah berkahwin dengan Engineer dari Perlis juga dan mereka tinggal di Damansara. Kami dah tak berhubungan macam dulu lagi. Untuk berjumpa setahun sekali pun susah.Masing-masing dengan cara hidup masing-masing. Melur dan Kirah dah bercucu.

Sekolah Keb. Kayang bermulanya alam persekolahanku, tanpa Tadika seperi sekarang. Seterusnya aku memulakan alam persekolahan menengahku di Sekolah Menengah Derma. Aku tinggal diasrama. Walaupun aku anak tunggal, ibubapaku korbankan kesunyian mereka kerana mahu aku berjaya. Di Asrama lebih ramai kawan disisi. Antara yang masih ku ingati sampai sekarang Kak Yah, Timah, Kak Norsiah dlln.

Sampailah aku merantau ke ITM Shah Alam. Mengahabiskan Diploma ku dlm bidang Analisa Pelaburan.Abis belajar aku berkahwin dengan suamiku yang professionnya adalah Penjual Ayam. Dan seterusnya kami dikurniakan anak 4 orang yang berumur antara 19 dan 4. Dan hingga kini suamiku masih menjual ayam. Bezanya ayam yang kami jual sekarang ialah ayam yang kami ternak sendiri. Dan kami juga membekalkan ayam untuk rangkaian restoran segera KFC.

Semuga kebahagiaan ini kekal selamanya. Semuga kami sekeluarga diberi kesihatan yang baik selamanya. Untuk ibu bapaku, mereka telah kubawa dari kampung dan tinggal bersama ku. Jasa mereka tak mampu ku balas...

Wednesday, August 26, 2009

Mabuk shopping di Guangzhou.



Kisah perjalananku bermacam-macam. Seandainya aku punyai kelapangan akan aku coretkan disini untuk tatapan sesiapa yang berminat dan memerlukan informasi sebelum kesesuatu tempat. Guangzhou ni syurga shopping. Barangan berjenama, barangan tiru tetapi menyerupai 100 peratus barangan asli, perabot, pakaian , kasut ..malahan sebut apa saja..anda akan dapati disana.

Hari pertama sampai, aku berjalan-jalan di Beijing Lu. Mmmmm kurang menarik barangannya kerana harga yang agak mahal kalau difikirkan yang aku sekarang berada di China. Dalam aku merayau-rayau sambil menuggu suami ku memilih seluar berjenama lah (faham-faham la ya), aku melihat 2 orang perempuan sedang tawar menawar bag LV yang sangat cantik. Daripada harga RMB650 sehingga dapat RMB350. Kualiti bag tersebut adalah AAA. Akhirnya sambil berbisik-bisik mereka berlalu tanpa membeli barangan tersebut. Aku apa lagi dengan segera mengahampiri penjual tersebut dan trus memgambil bag tersebut dan membayar harganya. Ahaaaaa baru RM170.00. Murah giler. Kalau original mau RM6000.00. Kalau dkt Sungai Wang pun mau RM600.00.

Esoknya berjalan lagi kami berdua tanpa ada perancangan yang khusus. Cuma sebelum keluar dari hotel tempat kami menginap, aku dapatkan nama tempat untuk membeli belah dari pekerja hotel untuk ditunjukkan kepada pemandu teksi. Di China ni pemandu teksi kalau tak tunjukkan kertas yang bertulis dalam bahasa mereka, penatlah kita cakap macam ayam dan itik. Aku jalan lagi shopping dkt Huale Lu kalau tak silap. Dapat baju Burberry, seluar Adidas...apa ntah kalau tak silap. Sian la tuanpunya jenama-jenama antarabangsa... barangan mereka diciplak tanpa segan silu.

Seterusnya aku menghabiskan masa selebihnya dengan ketempat borong bag, kasut baju dan sebagainya. Sampaikan aku tutup mata sebelah kalau berjalan dikedai-kedai tersebut. Terlalu banyak barangan yang cantik-cantik sampaikan rasanya kalau nak beli kena kirim dengan kontena la pulak. Masalah yang paling utama ialah cantik dan murah. Kalau cantik dan mahal aku masih boleh menahan nafsu shopping ku. Fesyen terkini yang harganya 4 helai RM50. Mana tahan kalau tak beli. Kasut sport jenama terkenal dengan fesyen terkini harganya RM40.00 sepasang kalau harga borong. Borong maksudnya kita kena menempah 100 pasang dengan saiz yang berlainan ikut kehendak kita. Balik di Malaysia kasut-kasut tersebut dijual dengan harga RM300 lebih. Kononnya asli, original...ramai la pulak yang membeli. Atau akhirnya dijual sebagai kasut bundle pun masih untung sebab harga kasut bundle pun bukan murah kalau di Malaysia.

Tentang makan pulak tak perlu dirisaukan. Penat aja membeli belah, intai-intai kedai makan Halal pasti ada. Aku selalunya makan Bihun sup aja disana sebab sememangnya aku kurang gemar makan nasi. Walaupun makankan mereka agak berminyak, tetapi mereka minum teh china. Jadi minyak tersebut agaknya tidak sempat singgah didalam badan, tidak seperti kita yang minum air berais selepas makan.

Balik ke Malaysia kawanku datang kepejabat. Dia menjalankan perniagaan membawa masuk lampu dan peralatan rumah dari Guangzhou ke Malaysia. Aku merasakan aku ni dah terror abis shopping di Guangzhou bercerita dengan rancak. Terus dia bertanyakan pada ku satu soalan " You ada pergi shopping ke tempat jual perabot ke? Kalau u kesana, rasanya 1 minggu jalan tak abis. U nak perabot dari negara mana Itali, UK...semua mereka boleh ciplak". aduhai....nampaknya Guangzhou menggamit aku lagi....

Perjuangan Jihad Business....


Akhirnya aku ditunjukkan oleh Allah swt jalan dimana aku diketemukan dengan rakan-rakan seperjuangan dari J Corp dibawah pimpinan tokoh kesayangan ramai Tan Sri Mohd Ali bin Hashim.Kalau dulu perjuangan aku adalah sempit dimana yang kufikirkan ialah untuk menjadikan syarikat kesayanganku ini berjaya menjadi syarikat Bumiputera yang berjaya dalam bidang perniagaan dan ternakan ayam pedaging. Berjaya dalam kontek yang aku sendiri tidak pasti. Adakah kejayaan aku mendapat jualan sebanyak 5 juta setahun dah kukira berjaya? Adakah aku memandu kereta Proton Knight pada masa itu telah kukira berjaya?

Namun aku bersyukur pada masa itu, walaupun perniagaan tidak semekar mana, walaupun yang berhutang tak tau nak membayar lebih banyak dari yang berhutang dan membayar, namun kami mampu bertahan. Sehingga akhirnya aku berada disini. Menerajui syarikat dengan lebih 100 org pekerja. Dan yang paling aku banggakan aku telah menjadi pembekal Bumiputra yang terbesar untuk kumpulan Restoran KFC. Namun itu hanyalah ukuran kejayaan dunia.

Yang paling aku banggakan, aku telah punyai kesedaran yang aku punya tanggungjawab Jihad Business, dimana aku perlu menjadi tangan yang diatas. Membantu mereka yang sama-sama didalam syarikatku dan juga mereka yang berada diluar sana. Walaupun aku gagal mendapatkan pekerja tempatan untuk Pekerja Am dibahagian ternakan ayam, namun aku sentiasa pastikan yang pekerja asing yang ku bawa masuk beragama Islam. Kesusahan menyebabkan manusia bertukar agama.Itu lah juga kerapkali ku jumpa dari pekerja Indonesia yang ku bawa masuk. Didalam biodata mereka menulis agama sebagai Islam, tetapi bila datang mereka memberitahu agama sebagai Kristian. Apabila ditanya mereka mengatakan mereka dulu Islam... Aduhai sedih sangat bila mendengarkan perkara itu.

Namun mereka diambil bekerja kerana mereka telah membayar banyak kepada agen yang membawa mereka masuk. Dan akhirnya apa yang paling membahagiakan aku, mereka akhirnya memberitahu yang mereka telah Islam semula... mmmmmm tak tahulah setakat mana keIslaman mereka. Dan tanggungjawab kami sebagai majikan tidak berhenti disitu. Namun dalam kesibukan tugasan harian, kadang-kadang kita terlalai untuk mentarbiahkan mereka. Hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Banyak yang perlu dilakukan....

Syukur pada Allah swt, aku masih diberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan rintangan kehidupan. Ada pahit, manis, tawa gembira, kemarahan yang tidak terkawal kekadang yang akhirnya membuatkan aku sesal sendiri. Namun cubaan-cubaan itu mematangkan hidup.... Apalah sangat kesusahan kita ini dibandingkan dengan kesusahan mereka yang lebih susah dari kita. Ibarat kata pembantu rumah ku, disini dia hanya memikirkan apa yang hendak dimasakkan, bahan semua dah tersedia. Kalau di Indonesia, fikirannya ialah, Ya Allah apa lah yang hendak ku beri makan kepada anak-anakku esok. Beras dan segalanya dah habis....

Followers