Monday, October 26, 2009

Apa pelik benar aku masa ni dibanding sekarang...



Kadang-kadang kita lalai dalam penampilan dan lalai dalam menjaga tubuh badan kita. Memangnya aku selalu berrfikir, semestinya kita syg pada Allah swt.... kita taat dan patuh pada arahanNya untuk mengerjakan solat dsbnya. Tetapi kenapa ya..Allah mengurniakan rupaparas dan tubuh badan yang cantik...kita tidak menjaganya.Kita biarkan diri menjadi gemuk, makan dgn tidak mengikut Sunnah seperti mana yang kita tau... Berhenti sebelum kenyang.

Setelah itu tidak kita kaji adakah benda-benda itu baik untuk kesihatan diri kita. Adakah jika begitu kita syg kepada Allah yang telah mengurniakan pada kita tubuh badan yg sihat selama ini? Seterusnya kita biarkan pula penampilan kita sampai pasangan kita pun berkata dalam hati "meluat dah aku nak tegur, tak nak berubah juga, kahwin lain baru nak kalut pakai seksi utk lawan dgn madu hahaha". Aku pernah begini dulu, mungkin aku sedari tapi aku tidak mengambil tindakan yg cukup serius untuk mengatasinya. Alhamdulillah suami belum mengambil tindakan cari awek lain..mungkin dalam hati berkata begitu..aku tidak tau...

Namun aku rasa dalam umur yang mencecah 40 tahun aku memulakan titik perubahan pada diriku...dan hasilnya aku sertakan gambar aku yang terbaru. Aku masih belum puas sebenarnya walaupun ramai dah menegur "nampak makin kecil sekarang". Itu yang aku mahu sebab kecil tu maksudnya ukuran badan dan kecil. Kalau ramai yang menegur kurus tu kadangkala muka yang cengkung boleh nampakkan kita kurus.

Alhamdulillah dan InsyaAllah aku akan bekerja keras untuk dapatkan hasil yang lebih baik. Teman2 sama doakan dakuuu...

Followers