Sunday, December 6, 2009

Lumpur Lapindo - Surabaya, Indonesia.






Bermula dari tebukan pada tanah untuk menghisap minyak dari dalam perut bumi, namun akhirnya telah menjadi lautan lumpur panas yang tidak terkawal yang akhirnya telah membaham beberapa kampung. Terkedu aku..sesungguhnya kuasa Allah swt amatlah besar...tak terdaya kita melawannya. Beberapa kilang dan kedai juga telah hilang dari muka bumi. Setakat yang aku berada disitu, lumpur itu masih belum dpt dikawal. Hanya dihisap untuk dilepaskan kesungai, namun sungai tu dah semakin cetek. Benteng yang dibina juga tidak mampu mengawal limpahan tersebut. Ya Allah...kuasa Mu amat besar... selamatkanlah mereka yang berasa disekitar kawasan kejadian. Yang paling sedihnya kawasan itu ialah kawasan umat Islam...

Followers