Thursday, August 27, 2009

Dari Kampung Peladang ke Simpang Empat..



Aku anak kampung. Masa kecilku aku habiskan dengan bermain didalam parit, diatas pokok, titiskan air bemban kedalam mata kononnya untuk ubati mata yang kelabu dan bermacam-macam lagi permainan yang masih aku ingati sampai saat ini. Untuk kawan-kawanku yang masih segar dalam ingatan Kak Mah, Poziah, Melur yang akhirnya berkahwin dengan sepupuku Bang Man, Kirah dan ada lagi maaf kalau aku tak tuliskan disini.

Kak Mah dah berkahwin dengan Engineer dari Perlis juga dan mereka tinggal di Damansara. Kami dah tak berhubungan macam dulu lagi. Untuk berjumpa setahun sekali pun susah.Masing-masing dengan cara hidup masing-masing. Melur dan Kirah dah bercucu.

Sekolah Keb. Kayang bermulanya alam persekolahanku, tanpa Tadika seperi sekarang. Seterusnya aku memulakan alam persekolahan menengahku di Sekolah Menengah Derma. Aku tinggal diasrama. Walaupun aku anak tunggal, ibubapaku korbankan kesunyian mereka kerana mahu aku berjaya. Di Asrama lebih ramai kawan disisi. Antara yang masih ku ingati sampai sekarang Kak Yah, Timah, Kak Norsiah dlln.

Sampailah aku merantau ke ITM Shah Alam. Mengahabiskan Diploma ku dlm bidang Analisa Pelaburan.Abis belajar aku berkahwin dengan suamiku yang professionnya adalah Penjual Ayam. Dan seterusnya kami dikurniakan anak 4 orang yang berumur antara 19 dan 4. Dan hingga kini suamiku masih menjual ayam. Bezanya ayam yang kami jual sekarang ialah ayam yang kami ternak sendiri. Dan kami juga membekalkan ayam untuk rangkaian restoran segera KFC.

Semuga kebahagiaan ini kekal selamanya. Semuga kami sekeluarga diberi kesihatan yang baik selamanya. Untuk ibu bapaku, mereka telah kubawa dari kampung dan tinggal bersama ku. Jasa mereka tak mampu ku balas...

No comments:

Post a Comment

Followers