Wednesday, August 26, 2009

Perjuangan Jihad Business....


Akhirnya aku ditunjukkan oleh Allah swt jalan dimana aku diketemukan dengan rakan-rakan seperjuangan dari J Corp dibawah pimpinan tokoh kesayangan ramai Tan Sri Mohd Ali bin Hashim.Kalau dulu perjuangan aku adalah sempit dimana yang kufikirkan ialah untuk menjadikan syarikat kesayanganku ini berjaya menjadi syarikat Bumiputera yang berjaya dalam bidang perniagaan dan ternakan ayam pedaging. Berjaya dalam kontek yang aku sendiri tidak pasti. Adakah kejayaan aku mendapat jualan sebanyak 5 juta setahun dah kukira berjaya? Adakah aku memandu kereta Proton Knight pada masa itu telah kukira berjaya?

Namun aku bersyukur pada masa itu, walaupun perniagaan tidak semekar mana, walaupun yang berhutang tak tau nak membayar lebih banyak dari yang berhutang dan membayar, namun kami mampu bertahan. Sehingga akhirnya aku berada disini. Menerajui syarikat dengan lebih 100 org pekerja. Dan yang paling aku banggakan aku telah menjadi pembekal Bumiputra yang terbesar untuk kumpulan Restoran KFC. Namun itu hanyalah ukuran kejayaan dunia.

Yang paling aku banggakan, aku telah punyai kesedaran yang aku punya tanggungjawab Jihad Business, dimana aku perlu menjadi tangan yang diatas. Membantu mereka yang sama-sama didalam syarikatku dan juga mereka yang berada diluar sana. Walaupun aku gagal mendapatkan pekerja tempatan untuk Pekerja Am dibahagian ternakan ayam, namun aku sentiasa pastikan yang pekerja asing yang ku bawa masuk beragama Islam. Kesusahan menyebabkan manusia bertukar agama.Itu lah juga kerapkali ku jumpa dari pekerja Indonesia yang ku bawa masuk. Didalam biodata mereka menulis agama sebagai Islam, tetapi bila datang mereka memberitahu agama sebagai Kristian. Apabila ditanya mereka mengatakan mereka dulu Islam... Aduhai sedih sangat bila mendengarkan perkara itu.

Namun mereka diambil bekerja kerana mereka telah membayar banyak kepada agen yang membawa mereka masuk. Dan akhirnya apa yang paling membahagiakan aku, mereka akhirnya memberitahu yang mereka telah Islam semula... mmmmmm tak tahulah setakat mana keIslaman mereka. Dan tanggungjawab kami sebagai majikan tidak berhenti disitu. Namun dalam kesibukan tugasan harian, kadang-kadang kita terlalai untuk mentarbiahkan mereka. Hanya Allah yang Maha Mengetahui...

No comments:

Post a Comment

Followers