Tuesday, November 17, 2009




Vietnam

Industri padi kecil-kecilan yang tidak ada dinegara kita. Kalau disini mesin akan mengambil padi dan menghantar ke kilang untuk diproses menjadi beras. Tetapi org-orang Vietnam memotong padi untuk dimasukkan kedalam mesin. Yang bawa basikal tu aku lah agaknya kalau aku duduk di Vietnam. Hmmmm siankan, tapi mana tau dia lebih bahagia dari kita yang memandu kereta ni...


Monday, November 16, 2009

BARA



Bara
Awie
Semalaman ku tak lena
Bayangmu menjelma
Rindu semakin menyala
Bagai bergelora
Di dalam dada
Kini baru ku sedari
Cinta bersemi
Berputik di ranting hati
Bahagia kan menanti dua sejoli
Dalam ikatan kasih yang terpatri

Korus

Bara yang panas membara
Sanggup ku genggami jua
Namun ku tempuhi dengan rela
Tak peduli
Gerhana di jiwa ini sudah diubati
Bersemadi
Kini kau ku miliki
Ku tak akan sunyi

Kerna kau di sisi
Kau bidadari
Kaulah penyeri
Terukir sebuah janji
Yang tulus dan suci

Bara yang menyala
Ku genggami jua
Biar sepanas mana bahangnya
Tak terasa
Ku pelihara cinta yang setia
Hingga ke akhir bersama
Bahang cinta yang menyala
Semalaman ku tak lena
Bayangmu menjelma
Rindu semakin dalam
Bagai gelora
Di dalam dada


hmmm.... senikata yang mendalam, meninggalkan seribu kesan...Pada jiwa yang pernah merasai...

Wednesday, November 11, 2009

Si Tanggang... benar atau mistik...





Tertarik aku dgn cerita siTanggang ni...yang sampai sekarang aku masih ragu. Ikut ceritanya disinilah tapak dimana kapal si Tanggang disumpah. Sempena lawatan aku ke Padang, Indonesia sebelum berlakunya gempa bumi baru-baru ini.Aku nak imbas kembali cerita si Tanggang ini kerana aku telah mendengar dari mulut org yg aku kenali "bahawa cerita si Tanggang adalah benarrrr". Janganlah cuba menderhaka kepada kedua ibu bapa. mmmmm....namun taat setia kasih aku kepada kedua ibu bapaku bukan kerana siTanggang. Ianya adalah kerana perintah Allah SWT DAN Rasul Junjunganku Nabi Muhammad SAW. Sama-sama kita analisa gambar yang mengisahkan siTanggang dimana dari dulu hingga kini ianya tetap didendangkan.
Secret Lover

Come into my heart dear one,
Fill it with the warmth of your love,
Brighten my days with your sunny smile,
And fill my nights with unbridled passion.
Lay with me under the starry skies,
Whispering into my ear,
Those sweet words of love,
That only we two understand,
Gently caress my trembling body,
With deliberate, knowing hands,
And cover my mouth with passionate kisses,
That draw the very soul from my body.
I live to be near you,
To feel your gentleness.
My world begins and ends in your arms.
You give me such unbelievable joy and bliss.
My heart, my wonderful, but secret lover.

- Sheryl Walton -

mmmmm...touching. Hidup tanpa cinta ibarat pelita tanpa sumbu. Gagal untuk dinyalakan api walaupun dituang minyak yang penuh didalam takungnya..

Monday, October 26, 2009

Apa pelik benar aku masa ni dibanding sekarang...



Kadang-kadang kita lalai dalam penampilan dan lalai dalam menjaga tubuh badan kita. Memangnya aku selalu berrfikir, semestinya kita syg pada Allah swt.... kita taat dan patuh pada arahanNya untuk mengerjakan solat dsbnya. Tetapi kenapa ya..Allah mengurniakan rupaparas dan tubuh badan yang cantik...kita tidak menjaganya.Kita biarkan diri menjadi gemuk, makan dgn tidak mengikut Sunnah seperti mana yang kita tau... Berhenti sebelum kenyang.

Setelah itu tidak kita kaji adakah benda-benda itu baik untuk kesihatan diri kita. Adakah jika begitu kita syg kepada Allah yang telah mengurniakan pada kita tubuh badan yg sihat selama ini? Seterusnya kita biarkan pula penampilan kita sampai pasangan kita pun berkata dalam hati "meluat dah aku nak tegur, tak nak berubah juga, kahwin lain baru nak kalut pakai seksi utk lawan dgn madu hahaha". Aku pernah begini dulu, mungkin aku sedari tapi aku tidak mengambil tindakan yg cukup serius untuk mengatasinya. Alhamdulillah suami belum mengambil tindakan cari awek lain..mungkin dalam hati berkata begitu..aku tidak tau...

Namun aku rasa dalam umur yang mencecah 40 tahun aku memulakan titik perubahan pada diriku...dan hasilnya aku sertakan gambar aku yang terbaru. Aku masih belum puas sebenarnya walaupun ramai dah menegur "nampak makin kecil sekarang". Itu yang aku mahu sebab kecil tu maksudnya ukuran badan dan kecil. Kalau ramai yang menegur kurus tu kadangkala muka yang cengkung boleh nampakkan kita kurus.

Alhamdulillah dan InsyaAllah aku akan bekerja keras untuk dapatkan hasil yang lebih baik. Teman2 sama doakan dakuuu...

Saturday, August 29, 2009

Herbalife







Aku ni memang syok tengok orang berniaga herbalife kat internet ni. Tapi tak la sampai nak menjual pula heheheheh sebab aku dah cukup sibuk sekarang.Cuma la saja-saja nak tunjukkan dekat kawan-kawan peranan herbalife dalam hidup aku..

Thursday, August 27, 2009

Dari Kampung Peladang ke Simpang Empat..



Aku anak kampung. Masa kecilku aku habiskan dengan bermain didalam parit, diatas pokok, titiskan air bemban kedalam mata kononnya untuk ubati mata yang kelabu dan bermacam-macam lagi permainan yang masih aku ingati sampai saat ini. Untuk kawan-kawanku yang masih segar dalam ingatan Kak Mah, Poziah, Melur yang akhirnya berkahwin dengan sepupuku Bang Man, Kirah dan ada lagi maaf kalau aku tak tuliskan disini.

Kak Mah dah berkahwin dengan Engineer dari Perlis juga dan mereka tinggal di Damansara. Kami dah tak berhubungan macam dulu lagi. Untuk berjumpa setahun sekali pun susah.Masing-masing dengan cara hidup masing-masing. Melur dan Kirah dah bercucu.

Sekolah Keb. Kayang bermulanya alam persekolahanku, tanpa Tadika seperi sekarang. Seterusnya aku memulakan alam persekolahan menengahku di Sekolah Menengah Derma. Aku tinggal diasrama. Walaupun aku anak tunggal, ibubapaku korbankan kesunyian mereka kerana mahu aku berjaya. Di Asrama lebih ramai kawan disisi. Antara yang masih ku ingati sampai sekarang Kak Yah, Timah, Kak Norsiah dlln.

Sampailah aku merantau ke ITM Shah Alam. Mengahabiskan Diploma ku dlm bidang Analisa Pelaburan.Abis belajar aku berkahwin dengan suamiku yang professionnya adalah Penjual Ayam. Dan seterusnya kami dikurniakan anak 4 orang yang berumur antara 19 dan 4. Dan hingga kini suamiku masih menjual ayam. Bezanya ayam yang kami jual sekarang ialah ayam yang kami ternak sendiri. Dan kami juga membekalkan ayam untuk rangkaian restoran segera KFC.

Semuga kebahagiaan ini kekal selamanya. Semuga kami sekeluarga diberi kesihatan yang baik selamanya. Untuk ibu bapaku, mereka telah kubawa dari kampung dan tinggal bersama ku. Jasa mereka tak mampu ku balas...

Followers